12 November 2009

4 Salahkah...??

Layan jiwang bodoh sikit-sikit yea

Kebosanan dipagi buta..
kembali lagi dikamarku..
kini kesunyian bersuara..
di dinding bersama kenangan mu..

Esok juga mungkin demikian..
kebosanan berbaring disini..
aku berdiri menatap pesan..
terdiam menerjah hati sunyi..

Kamarku batubisu bertatah kata hikmat..
cermin wajahku..
yang pernah melukai insan
sayang teramat..
hati tidak berwajah
tapi tetap setia denganmu..

Diri, diriku dirimu adalah manusia..
kembalilah pada cinta sang pencipta..
mencintai dicintai adalah
lumrah salasilah adam dan hawa..
Kepada tuhan kumohon
satukanlah kami disyurga..
walau tidak didunia..
sementara..


Maaflah andai apa yang aku tulis tidak berapa enak didengar. Aku cume menulis daripada hati yang tidak berseni hanya mengarut semata-mata.

Salahkah lelaki andai redha dengan ketentuan Ilahi?Tidak menghalang apatah lagi memaksa untuk dicintai. Lelaki tetap manusia yang punya hati dan perasaan. Aku lelaki aku ingin disayangi dan menyayangi insan berlain jantina.

Salahkah lelaki andai melepaskanmu wahai wanita bersama insan lain?
Jangan menuduh aku mengulangi sejarah silam. Aku bukan seperti dulu,kini aku ngerti apa itu takdir Ilahi.
Namun jangan engkau salah sangka aku tidak akan mempertahankan hak. Sebaik-baik usaha akan ku curahkan bersama doa-doa kupanjat padaNYA.

Salahkah lelaki memaksa untuk dicintai?
Pada fikiran ku ia salah dan aku tidak akan memaksa engkau wahai wanita untuk mencintai lelaki yang tidak engkau ingini. Tapi mengapa kau ingin ku memaksa menyeksa?apakah kau ingin derita sengsara kerna lelaki yang mental akan cinta?apakah kau ingin di muka depan akhbar,mati kerna dipaksa menerima cinta??inginkah aku begitu??!!

Tidak!
aku mencintai bukan kerana cintamu,bukan kerana parasmu atau apa-apa yang tidak pernah akan kekal tapi aku mencintai kerana DIE.
Kerana DIE hadirkan pada aku hati yang berperasaan walau aku tahu wajah ini tidak kenampakan reaksi, jadi aku cume bersyukur apa yang dianugerahi pada lelaki hina ini.

Aku tetap sayang, aku tetap cinta...
ada atau tiada tetap aku gagahi...
kerna cinta bukan hanya untuk bersama...
tetapi untuk dihargai...

4 comments:

Liyana said...

wah..sedapa kata2 itu..

~finazizan~ said...

aku tetap mencintaimu....walau apa pun yg terjadi....

ZahirZ™ said...

muahahahaha=)

BuLaN iTu aKu said...

kasih tak semestinya bersama
sayang teak semestinya bersatu
hanya cinta abadi kekal dihati
salam perkenalan

notakaki: saya bukan jiwang.. cuma ikut tema