Ketenangan dalam keghaiban...part 1
Adakah ghaib itu wujud walau tiada kita lihat dengan mata kasar, adakaha ilmu ghaib itu juga wujud?
Pada suatu ketika dahulu aku hanya seorang manusia yang lemah semangat serta takut kepada realiti kehidupan. Tiada mengenal siapa diri ini sendiri bagai jasad hidup tidak ber-roh.
Bermulalah pencarian untuk mencari diri sendiri yang hilang. Pernah ku dengar kenal diri kenal Sang Pencipta. Daripada desas-desus mulut manusia akhir nya dengan takdir Ilahi sampai khabar ke panca inderaku akan suatu seni silat batin yang membuka hijab(Kasyaf) ertinya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib. Khabarnya ia suatu yang tidak masuk akan akalku yang tiada penuh keyakinan kepada suatu yang sebegini rupa yakni keimanan terhadap Ilahi masih terlalu ampuh ketika itu kerana hati ini masih mencari tarekat yang menuju keradhaan Ilahi.
Aku tiada ketahuan mengapa hati muda ini terlalu ingin mencari ketenangan dari sang pencipta dalam menempuh usia penuh dosa. Mungkin ini hidayah dari Allah
"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit.Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman"
(surah al-an'am,ayat 125)
No comments:
Post a Comment