28 Ogos 2009(puasa ke-2 1430Hijrah)
Hari ini 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430 Hijrah aku bersama kawan karibku Tuan Haji Irwan Hadi(adik kepada abang seguru yakni adik seguru) menaiki kereta dari pejabat kami(USM Transkrian)menuju ke rumah Tuan Haji di Kulim, Kedah. Tujuan aku mengikut Tuan Haji nie bukan apa, beliau ajak aku teman die pergi ke Kelantan kerana beliau ada urusan bisnes nye, maklum la beliau usahawan berjaya bukan macam aku nie malas jer memanjang. Jadi kami bertolak la balik kerumah beliau untuk berbuka puasa bersama isteri tersayang beliau. kami singgah di suatu masjid tua dekat simpang nak menuju Junjung untuk solat asar, sebelum sampai kami singgah lagi di pasar malam sebab nak cari ikan temenung untuk buat "souk". Tapi xde rezeki,ikan temenung x dapat dikesan. Kami teruskan perjalanan ke Kulim. Sekali lagi kami singgah di bazar ramadhan sebab Tuan Haji cakap nasik kerabu tang sedap. Apa lagi aku teringin la nak rasa, tapi memang rezeki mahal la sangat hari gerai tue da tutup da pun. pastu nak buat macam mana kan terpaksa la tahan keinginan tue. Kami terus kan perjalanan ke pusat bandar Kulim untuk mencari makanan berbuka puasa.jumpa jugak aku dengan nasik kerabu di pasar ramadhan kt Kulim nie.
Akhir nya kami selesai berbuka puasa dan selesai solat semua kami kena plak hantar isteri tuan Haji balik ke rumah mak die.
Cadangan kami untuk bertolak ke Kelantan pada awal nya selepas berbuka terpaksa ditangguhkan. munkin ada hikmah nya apa yang kita rancangkan bukan tentu akan berlaku. Hanya yang maha Esa menentukan apa yang terbaik untuk kita. Perjalanan menuju ke Selama Perak iaitu kerumah ibubapa isteri Tuan haji amatlah menyeramkan. Kami melalui ladang kelapa sawit yang gelap gelita serta kenderaan yang lalu lalang ketika itu amat lah jarang sekali...
Beginilah keadaan aku yg masih kelam mencari arah tujuan walaupun aku tau ape tujuan aku hidup namun masih terkial2, bagai hilang sendiri...
Aku masih dalam perjalanan menuju destinasi...
di jalan yang kelam ini aku terbayang suatu ketika dahulu bagaimana jalan tanah merah di tengah2 ladang kelapa sawit bertukar menjadi lebuhraya seperti sekarang yang lebih cepat dan lancar, aku terfikir bagaimana susah perit manusia mencipta jalan yang senang pada ketika ini.
Kesusahan masa dahulu memberi kesenangan pada masakini...
Allah tidak menurunkan ujian kepada kita hanya untuk sia2...
Allah s.w.t melalui firmannya yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah", ( Surah Al-Hadid:22 ).
Manakala di dalam surah Al-Thoghabun: 22 pula Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
DIE lebih tahu akan makhluk ciptaan nya...
No comments:
Post a Comment