30 September 2009

0 Tasawuf





ISTILAH DALAM TASAWUF

SYARIAT: Segala hukum hakam yang Allah s.wt. wahyukan kepada Nabi dan Rasul. Syariat difahami oleh para ulama dengan cara belajar, kajian dan ijtihad.
#####

TAREKAT: kita mengamalkan syariat dengan bersungguh-sungguh iaitu melakukan yang wajib, sunat sekadar mampu, meninggalkan yang haram dan makruh serta menjauhi yang sia-sia dibawah asuhan seorang a’rif billah sebagaimana para sahabat mengamalkan syariat dibawah bimbingan dan asuhan seorang arif billah yang paling sempurna dan agung iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Aku mencari apa itu tarekat?bermacam2 nama yang aku dengar mengenai tarekat kt Malaysia nie. kenapa mempunyai banyak nama?apa bezanya?Jadi tergerak hati 2 3 tahun nie mengkaji tentang apa itu sebenarnya tarekat
#####

HAKIKAT: Terbuka hijab kepada perkara perkara ghaib (samiyyat) yg kita imani sebelum ini. seperti pengalaman dapat mencium bau syurga, melihat arasy Tuhan dll.
#####






29 September 2009

0 Motivation


Lepas raye nie memang malas nak kerja...so aku layan blog2 web2 motivasi...hahaha...cam bagus..poyo jer...huhuhu
kt sidebar tue ade aku letak list yang boleh membangkitkan motivasi diri aku...sape2 yg xde keyakinan diri tue usha2 la tengok yea...

0 Semangat yang Hilang


Aku malas nak berbicara pasal raya macam blog-blog lain. Tapi sebagai mukadimmah kena gak cakap pasal raya nie. Aku terus ker hari raya ke-2 yang mana aku dan kawan2 dalam 30 orang ber-BBQ kt umah "PokYo". Nie kira 1st time la aku jumpa ngan kawan2 sekampung ramai2. Sebab selama nie ada yang jarang2 balik umah. Suka la jugak leh jumpe kawan2 lama yg da besar panjang da. Aku cam besa la kawan baik ngan The Giant Chef Iju dan Great Teacher OnizuDin...

The Giant Chef

p/s : Dalam nak mencari semangat baru lepas raya nie cam bese aku usha la kt sesawang web nie...klik sini

15 September 2009

Thanx LeaIxora

terima kasih untuk leaixora...hepi always yea leaixora...jangan sdey2 lg tau...nanti xleh raye!!!

14 September 2009

Berehat sebentar mencari keikhlasan hati...
Dalam ketika aku fokus untuk mencari ketepatan...anak panah masih melilau mencari sasaran...
Seperti hidup aku kini, aku tahu tujuan aku hidup di bumi ALLAH namun masih aku tersasar dari mengingati yang Maha Esa...

13 September 2009




Sekitar Majlis pertandingan kelim karipap...


Just 1shot:(

0 Trip to Kelantan

Part 1

28 Ogos 2009(puasa ke-2 1430Hijrah)
Hari ini 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430 Hijrah aku bersama kawan karibku Tuan Haji Irwan Hadi(adik kepada abang seguru yakni adik seguru) menaiki kereta dari pejabat kami(USM Transkrian)menuju ke rumah Tuan Haji di Kulim, Kedah. Tujuan aku mengikut Tuan Haji nie bukan apa, beliau ajak aku teman die pergi ke Kelantan kerana beliau ada urusan bisnes nye, maklum la beliau usahawan berjaya bukan macam aku nie malas jer memanjang. Jadi kami bertolak la balik kerumah beliau untuk berbuka puasa bersama isteri tersayang beliau. kami singgah di suatu masjid tua dekat simpang nak menuju Junjung untuk solat asar, sebelum sampai kami singgah lagi di pasar malam sebab nak cari ikan temenung untuk buat "souk". Tapi xde rezeki,ikan temenung x dapat dikesan. Kami teruskan perjalanan ke Kulim. Sekali lagi kami singgah di bazar ramadhan sebab Tuan Haji cakap nasik kerabu tang sedap. Apa lagi aku teringin la nak rasa, tapi memang rezeki mahal la sangat hari gerai tue da tutup da pun. pastu nak buat macam mana kan terpaksa la tahan keinginan tue. Kami terus kan perjalanan ke pusat bandar Kulim untuk mencari makanan berbuka puasa.jumpa jugak aku dengan nasik kerabu di pasar ramadhan kt Kulim nie.
Akhir nya kami selesai berbuka puasa dan selesai solat semua kami kena plak hantar isteri tuan Haji balik ke rumah mak die.
Cadangan kami untuk bertolak ke Kelantan pada awal nya selepas berbuka terpaksa ditangguhkan. munkin ada hikmah nya apa yang kita rancangkan bukan tentu akan berlaku. Hanya yang maha Esa menentukan apa yang terbaik untuk kita. Perjalanan menuju ke Selama Perak iaitu kerumah ibubapa isteri Tuan haji amatlah menyeramkan. Kami melalui ladang kelapa sawit yang gelap gelita serta kenderaan yang lalu lalang ketika itu amat lah jarang sekali...
Beginilah keadaan aku yg masih kelam mencari arah tujuan walaupun aku tau ape tujuan aku hidup namun masih terkial2, bagai hilang sendiri...
Aku masih dalam perjalanan menuju destinasi...
di jalan yang kelam ini aku terbayang suatu ketika dahulu bagaimana jalan tanah merah di tengah2 ladang kelapa sawit bertukar menjadi lebuhraya seperti sekarang yang lebih cepat dan lancar, aku terfikir bagaimana susah perit manusia mencipta jalan yang senang pada ketika ini.
Kesusahan masa dahulu memberi kesenangan pada masakini...
Allah tidak menurunkan ujian kepada kita hanya untuk sia2...

Allah s.w.t melalui firmannya yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah", ( Surah Al-Hadid:22 ).

Manakala di dalam surah Al-Thoghabun: 22 pula Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


DIE lebih tahu akan makhluk ciptaan nya...

03 September 2009

0 Pakaian Kehambaan

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Dalam syahadah kita bersaksi, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah (hamba Allah yang paling taat melaksanakan suruhan Tuhan) - sebagai ikutan, contoh, guru dan pembimbing dalam kehidupan. Untuk itu kita harus mengikuti 100% peribadi, sifat, pakaian daln perbuatan baginda hinggalah jelas dimata manusia bahawa kita adalah pengikut Rasulullah s.a.w.
Jika anak didik akademi fantasia ada lambang mereka, budak punk ada stlye rambut mereka, artis wanita melayu ada identiti mereka. Begitulah sewajarnya kita mempromosikan diri kita adalah pengikut, umat dan pembantu Rasulullah s.a.w. Hinggalah ahli maksiat akan menjauhkan diri dari kita dan amat ketara perbezaan antara kita dan mereka. Begitulah seharusnya.
Sebenarnya pakaian jubah, serban, janggut, kurtah (jubah pendek) adalah pakaian kehambaan (hamba Tuhan), pakaian yang mendidik hati menjadi pengikut Rasulullah s.a.w., lambang orang soleh, syiar Islam sepanjang zaman, pakaian yang menunjukkan kita tunduk dan tawadhuk (rendah diri) pada kegemaran Tuhan. Semua ini akan membantu kita disayangi Tuhan.
Walaupun kita masih belum layak menjadi orang soleh, bila kita memakai fesyen pakaian seperti mereka, ia jadi tanda bahawa kita bersungguh-sungguh nak layakkan diri menjadi sebahagian dari mereka. Begitulah halnya dengan peminat bolasepak yg membeli jersi Manchaster United yang berharga RM 120 sehelai. Harap-harap dapat jadi hebat seperti pasukan tersebut walaupun si kaki bangku. Mafhum sabda Nabi s.a.w. "Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian dari mereka"
Jika kita memakai kopiah putih, hati terasa hina kerana orang ramai asyik memerhatikan kita. Atau rasa malu kerana terasa terasing seperti makhluk asing dari planet Marikh. Atau rasa ketinggalan zaman atau ditipu nafsu dengan alasan; tak pakai kopiah kerana ingin berdakwah kpd ahli maksiat. Sebenarnya hati kita sedang sakit diselubungi cinta dunia dan takut mati. lalu ia buta akhirat.
40 langkah kita keluar dari rumah tanpa menutup kepala (memakai kopiah) dicop munafik disisi tasawuf.
Penyelesaiannya, teruskan mengamalkan pakaian sunnah, pakaian kehambaan, pakaian orang yang patuh-tunduk-rendah diri kepada Tuhan sekelian alam, sementara kita masih diberi peluang hidup.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

kredit untuk ustaz sufi

02 September 2009

0 PSSGMM

Ketenangan dalam keghaiban...part 1

Adakah ghaib itu wujud walau tiada kita lihat dengan mata kasar, adakaha ilmu ghaib itu juga wujud?
Pada suatu ketika dahulu aku hanya seorang manusia yang lemah semangat serta takut kepada realiti kehidupan. Tiada mengenal siapa diri ini sendiri bagai jasad hidup tidak ber-roh.
Bermulalah pencarian untuk mencari diri sendiri yang hilang. Pernah ku dengar kenal diri kenal Sang Pencipta. Daripada desas-desus mulut manusia akhir nya dengan takdir Ilahi sampai khabar ke panca inderaku akan suatu seni silat batin yang membuka hijab(Kasyaf) ertinya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib. Khabarnya ia suatu yang tidak masuk akan akalku yang tiada penuh keyakinan kepada suatu yang sebegini rupa yakni keimanan terhadap Ilahi masih terlalu ampuh ketika itu kerana hati ini masih mencari tarekat yang menuju keradhaan Ilahi.
Aku tiada ketahuan mengapa hati muda ini terlalu ingin mencari ketenangan dari sang pencipta dalam menempuh usia penuh dosa. Mungkin ini hidayah dari Allah

"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit.Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman"
(surah al-an'am,ayat 125)